Storyboard Membuat Replika Durian
MEMBUAT DASAR REPLIKA DURIAN | ||
Sediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti belon, kertas minyak, gam, gunting, surat khabar, warna air, berus mewarna dan bekas mewarna. | Rakaman dekat penerangan guru mengenai bahan-bahan yang diperlukan. | |
Guru 1 akan menerangkan cara untuk membuat dasar durian dengan menggunakan sebiji belon dan melekatkan belon tersebut menggunakan kertas surat khabar. Guru 1 meniup belon dan menunjuk cara melekatkan dasar durian menggunakan suratkhabar pada lapisan pertama dan kertas minyak pada lapisan kedua. | Rakaman cara-cara untuk menghasilkan dasar durian. | |
MEMBUAT DURI REPLIKA DURIAN | ||
Guru 2 menunjukkan cara untuk menghasilkan duri durian menggunakan kertas minyak. | Rakaman dekat penerangan guru mengenai cara-cara membuat duri durian. | |
Guru 2 menunjukkan bagaimana kertas minyak akan digunting membentuk bulatan dan digulung menjadi bentuk kon kecil. | Rakaman cara-cara untuk menghasilkan kon kecil. | |
MELEKATKAN DURI REPLIKA DURIAN | ||
Guru 3 menunjukkan cara untuk melekatkan duri durian menggunakan gam polisterin. Guru 3 akan menunjukkan cara untuk membentuk tapak pada duri durian agar ia mudah untuk di lekatkan pada dasar replika durian. | Rakaman dekat mengenai cara-cara membuat tapak pada duri durian. | |
Duri dilekatkan di sekeliling buah durian sehingga tidak kelihatan dasarnya. | ||
MEMBUAT TANGKAI REPLIKA DURIAN | ||
Guru 4 menunjukkan cara untuk membuat tangkai durian menggunakan kertas minyak. Guru 4 akan menunjukkan cara untuk membentuk tapak pada tangkal durian agar ia mudah untuk di lekatkan pada bahagian atas replika durian. | Rakaman dekat mengenai cara-cara membuat tangkai durian. | |
MEWARNAKAN REPLIKA DURIAN | ||
Guru 4 menunjukkan cara untuk mewarnakan replika durian. | Rakaman dekat mengenai cara-cara mewarnakan durian. | |
Ia akan diwarnakan menggunakan dua warna iaitu hijau dan kuning. |